Maka apa yang saya fahami dengan penaakulan pedagogi ialah ianya berkaitan dengan pengetahuan asas guru termasuk pck yang diasaskan oleh Shulman. Konsep penaakulan pedagogi ini bermaksud bagaimana guru boleh memberikan sebab-sebab atau reasoning ke atas tindakan-tindakannya dalam proses pengajaran tadi. Setiap tindakan guru tadi mestilah berasaskan kepada pengetahuan asas yang perlu dimiliki oleh guru terutamanya PCK.
Shulman(1987) telah kemukakan satu model penaakulan pedagogi. Antara aspek-aspek dalam penaakulan pedagogi Shulman ialah:
1. kefahaman
2. transformasi
• Persediaan
• Representation (persembahan idea)
• Pemilihan
• Adaptasi dan penyesuaian mengikut ciri pelajar
3. instruksi
4. penilaian
5. refleksi
6. kefahaman baru

Kefahaman – ini adalah peringkat permulaan dan juga tujuan akhir dalam proses penaakulan pedagogi. Seorang guru perlu mengetahui dan memahami dengan mendalam isi pengajaran (content) dan jika boleh memahaminya dalam pelbagai cara. Guru mesti tahu untuk menghubungkaitkan setiap idea sama ada dalam satu-satu mata pelajaran atau dengan mata pelajaran lain. Guru juga perlu tahu dan memahami tujuan pengajaran serta pendidikan termasuk falsafah pendidikan negaranya. Perlu juga dapat seimbangkan antara tujuan lahirkan pelajar cemerlang dengan tujuan –tujuan lain yang lebih umum seperti sahsiah pelajar. Ringkasnya guru mesti memahami isi kandungan mata pelajaran dan tujuan pendidikan itu sendiri.

Transformasi – idea/pengetahuan isi kandungan yang difahami oleh guru mesti diubah/disusun/disesuaikan dalam pelbagai cara atau kaedah supaya dapat disampaikan dengan baik dan berkesan kepada pelajar. Proses transformasi melibatkan beberapa kombinasi iaitu

• Persediaan – iaitu menganalisa, menstruktur dan menyatakan hasil pembelajaran mengikut kefahaman guru tadi berasaskan kepada bahan /simber pengajarannya seperti daripada buku teks.
• Representation (persembahan idea) – iaitu memikirkan bagaimana untuk mempersembahkan idea/ isi pengajarannya kepada pelajar seperti menggunakan analogi, metafora, contoh, demonstrasi, simulasi dsb
• Pemilihan kaedah instrusksi – iaitu guru memilih kaedah yang paling sesuai untuk menyam[paikan pengajarannya : kaedah kuliah, kaedah kumpulan, pembelajaran kooperatif dsb
• Adaptasi dan penyesuaian mengikut ciri pelajar- proses menyampaikan isi kandungan tadi mestilah mengambil kira ciri-ciri pelajar seperti tahap pelajar, bahasa, gender, motivasi pelajar dsb

Instrusi – dalam peringkat atau proses ini, guru terlibat dalam pelbagai tindakan semasa proses pengajarannya di kelas. Antaranya kewalan kelas, penyampaiannya, tugasan pelajar dan berinteraksi secara berkesan dengan pelajar melaui soal jawab, memberi pengukuhan /penghargaan dan sebagainya. Di dapati guru dapat mengajar dengan berkesan jika dia menguasai isi kandungan.

Penilaian- Proses penilaian dilakukan semasa pengajaran berlangsung. Guru mesti membuat penyemakan ke atas kefahaman atau misconseption pelajar-pelajarnya. Guru juga mesti melakukan penilaian yang lebih formal seperti melaksanakan ujian formatif untuk mendapat feedback dan membezakan tahap penguasaan pelajar (grading).

Menurut Shulman proses menyemak/menilai kefahaman pelajar ini memerlukan guru meggunakan semua kefahaman dan melakukan transformasi yang telah diterangkan di atas tadi.

Refleksi – ini adalah peringkat dimana apabila guru melihat kembali pengajaran yang telah dilaksanakannya. Dari refleksi ini guru dapat menilai kembali tindakannya dan mempelajari sesuatu melalui pengalamannya. Guru dapat membuat penaakulan terhadap tindakan-tindakannya semasa proses p&p berlangsung dan membuat penambahbaikan jika perlu atau mengubah amalannya kepada yang lebih baik.

Pemahaman baru- Menurut Shulman selepas melaksanakan pengajaran, yang melibatkan penaakulan pedagogi, guru akan mencapai/mendapatkan kefahaman baru.

0 comments:

Followers

Dua bulan bonus untuk Kakitangan Awam
Setuju
Tidak setuju
uggs

Pukul Berapa ?

Hari apa ?

PEMILIK BLOG



Blog ini diurus oleh
Zulkarnain Shah Moktar (M20072000466)
Sophist Sanguan (M20072000455)
Saidi Muhd Ali
(M20081000189)
pelajar kursus
KPD 6013 Belajar Mengajar.

Belajar mengajar meliputi perbincangan dan analisis tentang tafsiran belajar mengajar, dimensi intelektual, praktikal dan moral dalam mengajar dan belajar mengajar. terdapat juga perbincangan dan analisis tentang kerangka konseptual kemahiran mengajar, fasa-fasa dalam proses belajar mengajar,pck,penaakulan pedagogi,strategi membuat refleksi dan putaran hidup profesional guru.