FASA-FASA DALAM BELAJAR MENGAJAR – FEIMAN NEMSER
Pengenalan
Proses Belajar mengajar ini adalah satu proses yang berterusan.
Terdapat dua pendekatan yang digunakan dalam proses belajar mengajar iaitu cara formal dan tidak formal.
Cara tidak formal – bermula dari kelahiran, belajar dengan guru, ibu bapa dan keadaan persekitaran.
Cara formal adalah dari proses seseorang itu menjadi guru- urusan temuduga, maktab dan belajar di peringkat sarjana.
Keberkesanan cara belajar mengajar ini di lihat dari 3 perkara :
Gaya pembelajaran guru yang ditonjolkan
Untuk mendapatkan sijil / ijazah
Menguasai kandungan
Fasa-fasa Belajar mengajar
Terdapat 4 fasa yang utama dalam proses belajar mengajar
Fasa-fasa tersebut :
• Latihan Awal. Pengaruh awal dalam belajar cara mengajar
• Preservice untuk belajar mengajar
• Permulaan pengajaran
• Pembelajaran pekerjaan
Fasa 1 : Latihan awal
Sebelum guru mendapat pendidikan formal mereka perlu ambil kira persiapan awal untuk menjadi guru.
Seseorang telah mula diberi latihan mengajar terlebih awal oleh ibu bapa dan guru.
Guru mengajar akan ikut gaya dan corak pengajaran guru sebelumnya. Peringkat bayi hingga guru mengajar pelbagai pendidikan diberikan.
Stephens( 1969 ) – teori perkembangan untuk kecenderungan asas pedagogi kepada guru.
Manusia dapat hidup kerana ada interaksi antara sama lain.
Kecenderungan ini diperolehi sepanjang hidup dalam suasana kekeluargaan dan persekitaran.
Kanak-kanak ini bukan hanya diajar oleh Ibu bapa dan guru tetapi belajar menjadi guru.
Berlaku proses mengarah antara kanak-kanak dengan orang lain apabila mereka bermain.
Berlaku proses kecenderungan pedagogi secara spontan.
Merupakan kombinasi hebat berbanding dengan latihan perguruan sekarang.
Fasa Kedua: Preservice
Latihan Secara Formal
Latihan Mengajar-antara lapan hingga 10 minggu-cukup atau tidak?
‘Micro-teaching- hanya beberapa jam?
Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) lebih kurang dua minggu
Masalah semasa latihan
Kawalan kelas - pelajar antara 40-50 orang pelajar
Pengetahuan tentang sukatan pelajaran
Tidak menguasai teknik pengajaran
kawalan suara-mesti jelas
Fasa Tiga : Masa Mula Mengajar Di Sekolah Sebenar (Tahun Pertama - )
Memahami situasi-pelajar,guru lama,bilik darjah,persekitaran sekolah
Persoalan yang sering timbul-penerimaan pelajar terhadap guru baru
Sesi pengajaran-untuk menyakinkan pelajar-lebih-lebih lagi pelajar pintar
Mengawal kelas-disiplin pelajar kini ada di luar batasan-ganas
Rasa rendah diri dan ada perasaan malu terhadap rakan sejawatan
‘Kejutan Budaya Sekolah’-mengikut situasi sekolah-bandar dan luar bandar ada masalah
Dalam teraba-raba mencari sejauhmana tahap kemampuan diri
Proses menyesuaikan diri
Memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran
Ada guru yang ‘stress’,menangis,kebuntuan fikiran
Menguji guru sejauh mana hendak atasinya-kesabaran diri guru
Lama-kelamaan cabaran ini dapat diatasi
FASA 4 Pembelajaran pekerjaan
Persediaan guru berpengalaman
• Keyakinan diri dalam pengajaran
• Langkah-langkah pengajaran lebih tersusun
• Memenuhi keperluan tajuk pengajaran
• Selalu mengunakan bahan-bahan sokongan
• Tugasan kerja terarah dan terbimbing
• Pengajaran berpandukan rancangan kerja
AMALAN-AMALAN YANG BOLEH MENYUCIKAN HATI KITA
8 years ago
0 comments:
Post a Comment