Dalam blog ini, kami sangat berminat untuk membincangkan tentang refleksi dalam dalam karier seseorang guru. Untuk tujuan tersebut kami mencadangkan anda membaca buku “Life Cycle of the Career Teacher” (LCCT) telah disusun oleh Betty E. Steffy, Micheal P. Wolfe, Suzanne H. Pasch dan Billie J. Enz. Steffy. Menurut buku ini, model LCCT ini merentasi sepanjang karier seorang guru daripada peringkat persediaan praperkhidmatan hingga waktu seseorang guru itu bersara. Oleh itu Wolfe menjanjikan model ini dapat membantu guru-guru baru untuk meningkat sebagai guru pakar dalam masa 5 tahun dan mengekalkannya sepanjang karier mereka. Itu pun jika mereka bersedia menjadi seorang profesional.
Untuk mengaplikasikan model LCCT ini antara syarat utamanya adalah melaksanakan proses refleksi dan membuat pembaharuan (reflection and renewal). Ini kerana model LCCT ini mengandaikan berlakunya amalan refleksi serta berusaha menimba ilmu baru dan memberi tumpuan kepada “reflection - on-practice” dan seterusnya melakukan pembaharuan (renewal). Dengan itu barulah seseorang guru itu dapat mengembangkan profesionnya.
0 comments:
Post a Comment