Menurut ( Schon 1987 ) menyatakan bahawa refleksi itu terbahagi kepada dua

• Reflection-in -action ( Refleksi Sewaktu Bertindak)
Refleksi sewaktu bertindak berlaku semasa anda bertugas dan anda menyedar i perlakuan anda sewaktu i tu.Refleksi yang berlaku semasa perlakuan “online”

• Reflection – on – action (Refleksi mengenai tindakan )
Refleksi yang berlaku selepas perlakuan “Offline”.Menulis Refleksi mengenai
tindakan merujuk ke pada amalan reflektif. Membuat refleksi selepas peristiwa
dan mendokumentasikannya: berfikir , menilai , menganalisa membincang dengan rakan sejawat . Boleh berlaku secara formal sewaktu kerja , atau
secara tidak formal sewaktu makan atau minum dengan rakan atau dengan
keluarga.

Contoh :

“ Selepas menjalankan kajian tindakan ini saya dapati kaedah pengajaran
koperatif ini amat sesuai dan memberikan kesan yang baik kepada para
pelajar .Saya sudah bersedia dan tahu apa yang perlu saya buat
untuk menggalakkan mereka , menggerakkan mereka agar mereka berusaha dan tidak terus menerus mengharapkan rakan - rakan untuk meniru sahaja .

- Rosmah Onong , (2000 ) .

0 comments:

Followers

Pukul Berapa ?

Hari apa ?

PEMILIK BLOG



Blog ini diurus oleh
Zulkarnain Shah Moktar (M20072000466)
Sophist Sanguan (M20072000455)
Saidi Muhd Ali
(M20081000189)
pelajar kursus
KPD 6013 Belajar Mengajar.

Belajar mengajar meliputi perbincangan dan analisis tentang tafsiran belajar mengajar, dimensi intelektual, praktikal dan moral dalam mengajar dan belajar mengajar. terdapat juga perbincangan dan analisis tentang kerangka konseptual kemahiran mengajar, fasa-fasa dalam proses belajar mengajar,pck,penaakulan pedagogi,strategi membuat refleksi dan putaran hidup profesional guru.