Jenis-jenis Penulisan Refleksi
Ÿ Penulisan Deskriptif
Ÿ Refleksi Deskriptif
Ÿ Refleksi Dialog
Ÿ Refleksi Kritikal
Kajian oleh Hatton dan Smith (1995) menunjukkan bahawa terdapat empat jenis penulisan yang telah dikenal pasti dalam penulisan reflektif. Pertama, penulisan deskriptif (descriptive writing) yang merupakan penulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa di bilik darjah dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan berkenaan sebab, akibat dan kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan penulis.

Kedua, penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection) yang merupakan penulisan jurnal yang mempunyai penerangan sebab dan akibat terhadap peristiwa yang terjadi secara jelas dengan ciri-ciri taakulan dan renungan terhadap peristiwa dan memberi alasan-alasan/justifikasi terhadap perkara yang berlaku.

Ketiga, penulisan refleksi dialog (dialogical reflection) yang merupakan penulisan refleksi yang mengandungi kata-kata yang merujuk kepada bisikan hati penulis kepada peristiwa yang sedang direnungkannya melalui siri soal jawab tentang persoalan yang difikirkan.

Keempat, penulisan refleksi kritikal (critical reflection) yang merupakan penulisan refleksi yang mengaitkan peristiwa di bilik darjah dengan hal-hal di luar rutin bilik darjah seperti falsafah diri insan guru sendiri, falsafah pendidikan, isu-isu wawasan, perpaduan, politik, ekonomi dan sosial.

Contoh Penulisan Refleksi
Penulisan Refleksi Tahap Pertama (penulisan deskriptif)
1. Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir ke kelas.
2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas terpaksa dibatalkan.
3. Pelajar mengantuk di dalam kelas.
4. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepada
pengajaranakan datang.
Penulisan Refleksi Tahap Kedua (penulisan refleksi deskriptif)
1. Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam bahasa Melayu.
2. Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan bertanyakan soalan yang berkaitan.

Penulisan Refleksi Tahap Ketiga (Refleksi Dialog)

1. Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip geometri pada hari ini. Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak dapat menumpukan satu persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang persediaan mengenai tajuk yang di ajar.

Penulisan Refleksi Tahap Keempat (Refleksi Kritikal)

1. Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Walaupun begitu saya suka ketawa semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau menggunakan pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi insan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari sejarah.

Hatton, N. dan Smith, D. (1995). Reflection in teacher education: Towards definition and implementation. Teacher and Teacher Education. 11(1), 33-49.

1 comments:

satu panduan yang baik.
umumnya kita mengalakkan guru-guru menulis refleksi pengajaran yang berbentuk penilaian terdapat pengajaran guru berdasarkan respon pelajar. Tujuan supaya guru dapat mengekal atau mengubah cara pengajarannya. Persoalan seperti: -adakah pengajaran yang saya berjaya menyampaikan maklumat yang ingin saya sampaikan?
-apakah cara lain yang boleh saya gunakan?
-bagaimana pelajar telah memberi respon kepada pengajaran saya?
-sejauh manakah berkesannya pengajaran saya hari ini?
-bagaimana saya boleh memperbaiki pengajaran saya?
-adakah bahasa yang saya gunakan sesuai?
-adakah kaedah yang saya gunakan membantu saya dalam pengajaran saya?
Hasil daripada refleksi ini guru-guru boleh:
1. mengekalkan kaedah atau cara pengajaran mereka jika ini membawa kesan yang positif atau
2. mencadangkan / melakukan sesuatu yang lain dengan cara yang lain untuk membawa hasil yang diinginkan.
Yang inilah dikatakan pembangunan profesional.

Followers

Pukul Berapa ?

Hari apa ?

PEMILIK BLOG



Blog ini diurus oleh
Zulkarnain Shah Moktar (M20072000466)
Sophist Sanguan (M20072000455)
Saidi Muhd Ali
(M20081000189)
pelajar kursus
KPD 6013 Belajar Mengajar.

Belajar mengajar meliputi perbincangan dan analisis tentang tafsiran belajar mengajar, dimensi intelektual, praktikal dan moral dalam mengajar dan belajar mengajar. terdapat juga perbincangan dan analisis tentang kerangka konseptual kemahiran mengajar, fasa-fasa dalam proses belajar mengajar,pck,penaakulan pedagogi,strategi membuat refleksi dan putaran hidup profesional guru.