Dalam model Pollard ini, guru boleh bermula dengan membuat refleksi. Contohnya selepas satu unit pengajaran, guru mendapati pelajarnya tidak dapat dapat menjawab soalan esei sejarah dengan memuaskan. Guru tadi berpendapat pelajarnya mungkin lemah dalam penulisan, tidak mengingat fakta atau tidak memahami apa yang disampaikan dalam pengajaran.


Maka guru tadi membuat satu pelan atau rancangan untuk mengenalpasti apakah faktor yang menyebabkan pelajarnya gagal menjawab dengan baik. Seterusnya guru tadi akan menentukan keutamaannya dan mengumpul data dengan menggunakan teknik tertentu seperti soal selidik atau ujian. Kemudian guru akan menganalisis data dan membuat penilaian. Daripada penilaian data tadi guru dapat membuat refleksi untuk memperbaiki pengajarannya supaya pelajarnya dapat meningkat dalam penulisan esei sejarah. Jika selepas membuat penambahbaikan, pencapaian pelajarnya semakin baik, maka guru tadi telah mengambil langkah yang betul. Jika sebaliknya, guru tadi boleh meneruskan usahanya melakukan penambahbaikan dengan meneruskan refleksinya kerana proses membuat refleksi adalah secara berterusan.

0 comments:

Followers

Dua bulan bonus untuk Kakitangan Awam
Setuju
Tidak setuju
uggs

Pukul Berapa ?

Hari apa ?

PEMILIK BLOG



Blog ini diurus oleh
Zulkarnain Shah Moktar (M20072000466)
Sophist Sanguan (M20072000455)
Saidi Muhd Ali
(M20081000189)
pelajar kursus
KPD 6013 Belajar Mengajar.

Belajar mengajar meliputi perbincangan dan analisis tentang tafsiran belajar mengajar, dimensi intelektual, praktikal dan moral dalam mengajar dan belajar mengajar. terdapat juga perbincangan dan analisis tentang kerangka konseptual kemahiran mengajar, fasa-fasa dalam proses belajar mengajar,pck,penaakulan pedagogi,strategi membuat refleksi dan putaran hidup profesional guru.