Selamat kembali. Blog ini sudah lama terbiar. seperti sebuah rumah usang yang tidak dikunjungi tuannya. Rupa-rupanya rumah usang ini ramai pengunjungnya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya apa aku dan rakan-rakan aku usahakan dulu ada manfaatnya untuk orang lain.

Aku tergerak mengunjungi rumah usang ini kerana sejak kebelakangan ini, aku banyak membuat refleksi semasa aku melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Setiap tahun aku akan membimbing 5 kelas, kebiasaannya kelas-kelas peperiksaan. Kelas-kelas ini setiap satunya tidak sama tahap pencapaiannya. Kadang-kadang aku seperti syok sendiri, berasa puas mengajar serta aku rasa aku telah buat yang terbaik. Aku berasa bangga dengan pengalaman. Tapi sedarkah kita, andaian-andaian itu semua tidak semestinya betul. Daripada 30 orang pelajar di depan kita, adakah semuanya dapat menyerap apa yang kita sampaikan serta dapat menjana semula ilmu atau pengetahuan tersebut.

Justeru saya menggunakan teknik menyoal untuk membuat refleksi semasa sedang berlangsungnya proses P&P. Kita boleh memilih beberapa orang pelajar. Contohnya seorang pelajar yang tekun mendengar, seorang pelajar yang sentiasa memandang keluar bilik darjah, seorang pelajar yang sibuk mencatat atau seorang pelajar yang menyorok kepalanya di dalam meja.Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat mengenalpasti sejauhmana penyerapan ilmu oleh pelajar kita, tetapi pelajar juga tahu kita sentiasa memerhatikan mereka. Justeru secara tidak langsung kita dapat mengawal kelas tanpa perlu menegur pelajar. Apabila langkah diatas diulang-ulang pelajar-pelajar yang berkenaan akan mengubah kelakuan kepada lebih memberi perhatian kepada aktiviti pembelajaran. Apabila kita tidak menegur pelajar secara peribadi, hubungan guru-pelajar sentiasa mesra.Kita juga tidak akan moody :)

Ok, selamat mencuba.

0 comments:

Followers

Pukul Berapa ?

Hari apa ?

PEMILIK BLOG



Blog ini diurus oleh
Zulkarnain Shah Moktar (M20072000466)
Sophist Sanguan (M20072000455)
Saidi Muhd Ali
(M20081000189)
pelajar kursus
KPD 6013 Belajar Mengajar.

Belajar mengajar meliputi perbincangan dan analisis tentang tafsiran belajar mengajar, dimensi intelektual, praktikal dan moral dalam mengajar dan belajar mengajar. terdapat juga perbincangan dan analisis tentang kerangka konseptual kemahiran mengajar, fasa-fasa dalam proses belajar mengajar,pck,penaakulan pedagogi,strategi membuat refleksi dan putaran hidup profesional guru.