Pada hari jumaat lepas, 17 Feb 2012, Pn Ainon Mohd dan Dr. Wan Mazwati telah berkunjung ke sekolah tempat saya mengajar. Pada bulan disember 2011 saya bersama rakan setugas, Cikgu Aniza dan Cikgu Azman  telah mengikuti bengkel untuk " pelajar kelas corot" yang dianjur dan dikendalikan oleh Pn Ainon. Lain kali jika ada kesempatan bolehlah saya berkongsi dengan pengunjung blog ini tentang  bengkel yang saya hadiri tersebut.

Balik kepada cerita pada jumaat lepas tersebut, kunjungan Pn Ainon (CEO PTS Publication) tersebut adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada bengkel tersebut.

Dibawah ini adalah pengalaman saya menggunakan pengetahuan yang saya pelajari  daripada bengkel tersebut.

Guru: Minggu lepas kita dah buat satu ujian. Saya nak tanya ni? Tolong angkat tangan ye. Siapa yang tidak dapat markah kosong?

Pelajar 3A: Semua mengangkat tangan. Senyum semuanya.

Guru: Bagus, tahniah. Ini yang cikgu mahu?

Perbualan ringkas saya dengan pelajar tadi hanya dalam 2-3 minit dengan pelajar kelas corot. Ini antara pendekatan baru yang saya gunakan. Seringkali kita terlepas pandang. Bila bertanya kita memulakannnya dengan bertanya siapa dapat markah penuh, siapa betul semua, siapa dapat A. Bagi kelas corot, semua itu mungkin agak mustahil.

Dengan hanya bertanyakan siapa yang tidak dapat kosong, ini memberi peluang pelajar mengangkat tangan, menaikkan self-esteem pelajar serta menggembirakan mereka. Walaupun markah mereka rendah, tetapi kita sebagai guru mesti menghargai setiap pencapaian atau peningkatan yang mereka tunjukkan. Mereka berpeluang mengangkat tangan dan mendapat pujian guru. Kesilapan kita ialah hanya memuji yang terbaik, tercantik.

Cubalah kita amalkan...insyaaallah pelajar akan lebih dekat dengan kita, dengan itu lebih mudah kita mempengaruhi tingkahlaku dan sikap pelajar kita supaya berusaha kearah yang lebih baik.

Sekian.

0 comments:

Followers

Pukul Berapa ?

Hari apa ?

PEMILIK BLOG



Blog ini diurus oleh
Zulkarnain Shah Moktar (M20072000466)
Sophist Sanguan (M20072000455)
Saidi Muhd Ali
(M20081000189)
pelajar kursus
KPD 6013 Belajar Mengajar.

Belajar mengajar meliputi perbincangan dan analisis tentang tafsiran belajar mengajar, dimensi intelektual, praktikal dan moral dalam mengajar dan belajar mengajar. terdapat juga perbincangan dan analisis tentang kerangka konseptual kemahiran mengajar, fasa-fasa dalam proses belajar mengajar,pck,penaakulan pedagogi,strategi membuat refleksi dan putaran hidup profesional guru.