Kejayaan seseorang pelajar sama ada di dunia dan di akhirat berkait rapat dengan Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan manakala proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan amat berkait rapat dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru semasa di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu guru sememangnya memikul tanggungjawab yang sangat berat untuk mendidik dan memastikan pelajar supaya berjaya dan cemerlang di sudut akademik dan sahsiah selari dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang telah digubal sedemikian rupa. Pelajar yang akan dilahirkan juga diharap akan mempunyai jati diri yang kental,padu serta kalis kepada perubahan negetif semasa bagi memungkinkan mereka mampu untuk mendepani cabar hidup yang penuh dengan mehnah dan tribulasi serta dapat memenuhi kehendak pasaran semasa dunia globalisasi masa kini terpengaruh dengan anasir-anasir tidak sihat yang tumbuh meliar ibarat cendawan selepas hujan. Pelajar yang bakal dilahirkan nanti juga diharapkan mempunyai kompetensi dan motivasi diri yang akan menjadi pemangkin kepada mereka untuk memaju dan memakmurkan negara berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Pelbagai cara yang guru boleh laksanakan untuk mencapai tujuan tersebut antaranya dengan menghadiri seminar, kursus, bengkel pengajaran berkesan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau swasta. Guru juga boleh melaksanakan kajian tindakan bagi mengenal pasti kekuatan kelemahan diri atau paling kurang guru hendaklah mempraktikkan amalan refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka bagi membantu mempertingkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran dan secara tidak langsung usaha yang mulia ini akan dapat memartabat dan mempertingkatkan lagi profesion keguruan di mata masyarakat. Pelaksanan pemikiran dan amalan refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini secara formal terhasil daripada cetusan idea yang dikemukan oleh John Dewey (1993).

0 comments:

Followers

Pukul Berapa ?

Hari apa ?

PEMILIK BLOG



Blog ini diurus oleh
Zulkarnain Shah Moktar (M20072000466)
Sophist Sanguan (M20072000455)
Saidi Muhd Ali
(M20081000189)
pelajar kursus
KPD 6013 Belajar Mengajar.

Belajar mengajar meliputi perbincangan dan analisis tentang tafsiran belajar mengajar, dimensi intelektual, praktikal dan moral dalam mengajar dan belajar mengajar. terdapat juga perbincangan dan analisis tentang kerangka konseptual kemahiran mengajar, fasa-fasa dalam proses belajar mengajar,pck,penaakulan pedagogi,strategi membuat refleksi dan putaran hidup profesional guru.